Produk Vishay boleh didapati di seluruh dunia, menyentuh hampir setiap orang, di mana-mana sahaja dan sepanjang masa. Hebatnya adalah sering kali komponen penting ini jarang dilihat, beroperasi secara senyap dan boleh dipercayai dalam produk teknologi yang paling popular dan penting di dunia. Kesannya kepada dunia amatlah besar—sebab itulah kami yakin bahawa komponen kami benar-benar mencipta DNA teknologi.
Apabila kami memandang ke masa hadapan, peluang sememangnya tanpa batas untuk berinovasi. Pasukan penyelidikan dan pembangunan kami memfokuskan kepada produk yang meletakkan Vishay sebagai ketua dalam teknologi pertumbuhan seperti ketersambungan, mobiliti dan kemampanan. Bayangkan sebuah pekerjaan di mana anda boleh melihat dunia berubah disebabkan sebagaian projek dan produk anda. Bayangkan kerja anda memberikan impak kepada kehidupan di seluruh dunia!


Terkenal dengan kebolehpercayaan di seluruh benua dan industri.
Semenjak 1962, Vishay telah membantu produk elektronik yang tak terhitung banyaknya menjadi lebih dipercayai, lebih cekap dan lebih tersedia secara meluas. Hari ini, kami adalah peneraju pasaran dalam semikonduktor dan komponen pasif. Kami mempunyai pelanggan di 140 buah negara dalam industri utama seperti automotif, ketenteraan avionik dan angkasa lepas, komputer, pengguna, industri, perubatan dan telekomunikasi. Pelanggan kami mengetahui bahawa mereka boleh mempercayai kami untuk mendapatkan kualiti tertinggi dan produk yang paling boleh dipercayai.Kami juga adalah kedai sehenti untuk semua keperluan komponen elektronik mereka, termasuklah:
- Perintang
- Pengaruh
- Kapasitor
- Diod
- MOSFET
- IC Kuasa
- Optoelektronik
Boleh dikatakan, berbilion produk.
Satu idea untuk satu perintang baharu.Begitulah Vishay bermula—perintang tahan haba pertama.Ia menetapkan standard baharu untuk ketepatan dan kebolehpercayaan dalam industri elektronik. Hari ini, kami menghasilkan berpuluh-puluh bilion komponen elektronik setiap tahun, dan anda akan mendapati bahawa ketepatan dan kebolehpercayaan adalah keutamaan kami, seperti di dalam jam tangan yang memantau kadar denyutan jantung anda. Contoh-contoh lain:
- Beg udara dan stering automotif
- Perentak jantung perubatan
- Elektronik kapal terbang
- Perintang pecah kereta api bawah tanah
- Komputer riba berprestasi tinggi
- Sistem keselamatan rumah dan perniagaan pintar


Tenaga mampan.
Kami percaya bahawa tenaga boleh menjadi lebih cekap—sama ada dalam sumber kuasa itu sendiri dan dalam cara kita menyimpan dan mengagihkan tenaga tersebut.Kami berada dalam kereta elektronik yang berusaha untuk memaksimumkan hayat bateri dan meminimumkan kehilangan kapasiti.Kami memastikan bahawa panel suria mempunyai sistem pintasan pintar bagi mencegah penutupan ketika satu sel gagal berfungsi.Kami juga berada di China, menyokong pembangunan teknologi grid baharu untuk mengalih kuasa dari tempat ia dicipta ke tempat ia diperlukan—sekadar menyebutkan beberapa nama saja.
Kerja kami menyeronokkan juga!
Kebanyakan perkara kegemaran kami yang dibuat untuk berseronok sebenarnya agak rumit, dan di situlah terletaknya kecemerlangan Vishay.Contohnya, anda akan mendapati kami menambah baik prestasi alat kawalan jauh untuk konsol permainan anda, TV dan sistem bunyi di sekitarnya. Kami memperhalusi penderia dan mengurangkan nisbah kuasa-kepada-berat dron anda dan meningkatkan hayat bateri peranti tahan lasak, tablet dan peranti pegang anda yang lain. Vishay juga mencipta bahan peledak yang tepat pada waktunya dalam sambutan bunga api besar-besaran.

Ketahui di mana kami beroperasi di seluruh dunia

Cipta peringatan pekerjaan.
Dapatkan peringatan desktop dan telefon mudah alih untuk iklan pekerjaan baharu yang sesuai dengan cita-cita yang anda berikan dalam profil anda. Kongsi alamat e-mel anda untuk bermula.
Sudah mempunyai akaun?